Lama juga saya memikirkan adakah perlu untuk saya menukar kereta kerana Persona yang menjengah usia 10 tahun ni baru sahaja habis bayar. 10 tahun tu tempoh berhutang. Memang saya beli kereta persona ni dengan harga yang mahal beserta interestnya. Banyak kesilapan dan terlepas pandang yang saya akui semasa membeli Kereta Persona ni. Maklumlah pada ketika itu Im a Newbie di Putrajaya ni. Banyak rely pada orang. But Persona ni Alhamdulilah tak banyak ragam. Tapi memang kena lenjan la dengan saya dalam usaha nak jadi pemandu mahir cheeewaaaah😅😅. apepun dia adalah my first car yang saya beli bila diterima secara sah menjadi kakitangan awam. Alhamdulilah la kan.Actually saya ni nak beli Myvi tapi bila fikir kapasiti bonet yang terhad dengan nak bawa macam-macam benda setiap kali balik kampung. Faham jela kan bila ada baby ni buai pon kadang-kadang kena angkut.
2008-2018 khidmat Persona akhirnya saya tamatkan Julai 2018. Saya berbelah bagi pada ketika itu sama ada Perodua Alza atau Perodua Myvi. Memang saya sangat jatuh cinta dengan Design Myvi baru ni yang ala ala menyerupai Honda Jazz Dan Wolkswagen Golf..dua jenis ni dibawah kemampuan hahah. Perodua Alza sesuai la kan family car Sedan MPV tapi hati sudah jatuh cinta dengan MYVI baru yang sporty sangat. Tapi kami dah ada Perodua Axia takkan nak pakai kereta kompak lagi..ermmmmmmm
Saya nekad pilih Myvi dan Merah warnanya...Kenapa Myvi bukan Alza?
- Harga untuk ratio Myvi Advance murah sedikit berbanding Alza Advance
- Penjimatan minyak yang lebih banyak
- Design yang tampak luxury , Sporty dan Kemas
- Less key tak pakai kunci biasa nak start
- Fungsi Idle Stop yang sangat menjimatkan minyak. Automatik engin mati bila kita tekan brek di Trafik light. bila kita lepas brek engin automatik hidup semula.Kalau banyak sgt trafik light off jela Idle stop ni.
- Smart Tag untuk Myvi baru ni dah tersedia di built in sekali jadi sangat mudah insert je kad Touch nGo korang dalam ruang tu .Kalau lupa baki tinggal berapa terus boleh cek. Takperlu nak tayang mesin smart tag itu lagi.
- Automatik alarm berbunyi kalau jaraka kereta depan dengan kereta kita jauh sangat.
akhirnya Myvi menjadi pilihan hati ku......
Korang yang berminat beli kereta Perodua tu boleh roger Salesman Zul Perodua Putrajaya ni. Memang senang sangat kira dengan Zul ni dpt kereta pun cepat..sangat efisien. Puas hati lah..
















